Thursday, July 24, 2008

Sekolah di Pedalaman...

Berkaitan dengan pendidikan dan prasarana sekolah. Kerajaan begitu gah mahu melaksanakan sekolah bestari dan pembinaan makmal-makmal komputer di setiap sekolah diseluruh negara. Apakah menteri yang membuat kenyataan itu pernah pergi melihat sekolah-sekolah untuk anak-anak kami di pedalaman, jangankan bekalan elektrik, suis pun tidak pernah mereka lihat!!












" Bangunan sekolah yang uzur, anda bandingkan bangunan sekolah untuk anak-anak kami dengan bangsal untuk penternakan berkelompok di hulu selangor"














mungkin menteri
pendidikan juga perlu dibawa untuk merasai sendiri penderitaan anak-anak kami saban hari untuk mencari ilmu. Ada yang berjalan kaki berkilometer jauhnya, merentasi selut setinggi lutut, jambatan gantung yang hampir runtuh, batu kerikil yang tajam dan panas dengan berkaki ayam atau kasut "adidas kampung " yang sudah haus. Belum lagi dengan kemudahan bilik yang air yang hampir tiada, bekalan makanan yang sama tarafnya dengan makanan kucing ( seperti yang dikatakan oleh MP Kalabakan ), guru-guru yang terpaksa mengajar 4-5 matapelajaran yang berbeza, kerusi dan meja yang tidak mencukupi sehingga terpaksa anak-anak kami belajar dengan hanya duduk di atas lantai, kapur, kertas, mesin pencetak dan kemudahan lain yang serba tidak mencukupi, dan menteri itu terus bicara soal sekolah bestari, makmal komputer, pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris..!!
Aku masih ingat semasa aku di sekolah rendah, kerajaan negeri ketika itu yang diperintah oleh parti Berjaya memberikan kemudahan yang banyak kepada murid-murid sekolah. Pemberian baju dan seluar, kasut, stokin, buku dan alatulis, beg, pemberian susu skim dan makanan kepada semua pelajar. Pendek kata dari hujung rambut ke hujung kepada ditanggung kesemuanya oleh kerajaan negeri. perkhidmatan memotong rambut kepada pelajar-pelajar yang "tidak mampu" untuk memotong rambutnya sendiri juga disediakan oleh guru disiplin, termasuk aku... Kekayaan negeri pada ketika itu dirasai oleh semua lapisan masyarakat.
Mari kita bicara mengenai pembangunan infrastruktur negeri terutamanya kemudahan asas. Bekalan air yang dinikmati oleh rakyat di semenanjung berkali-kali lebih berkualiti jika dibandingkan dengan yang diterima oleh rakyat Sabah.

ini adalah contoh bekalan air yang diberikan kepada rakyat dikawasan pedalaman dan sub-pedalaman di sabah.

No comments: